30 May
30May

A. Penggunaan perkataan yang berulang dalam suatu ayat.

  • Salah: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju, selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.
  • Betul : Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.


B. Salah menggunakan perkataan

dari dan daripada


Salah: Kain batik itu datang daripada Terengganu.

Betul : Kain batik itu datang dari Terengganu.

Nota tambahan : Perkataan 'dari' digunakan untuk tempat.


Salah : Saya baru terima surat itu dari kakak.

Betul : Saya baru terima surat itu daripada kakak.

Nota tambahan : Perkataan 'daripada' digunakan untuk orang.


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING