1) untuk , supaya dan selama
Salah : Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur.
Betul : Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur.
Salah : Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.
Betul : Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.
Salah: Kami akan tinggal untuk dua minggu.
Betul: Kami akan tinggal selama dua minggu.
Salah : Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam.
Betul : Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.
2) Kata pemeri adalah dan ialah
Betul : Adalah dengan hormatnya dimaklumkan ………….
Salah : Dengan hormatnya dimaklumkan ……………….
Betul : Tuduhan itu adalah fitnah belaka.
Salah : Tuduhan itu fitnah belaka.
Salah: Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.
Betul : Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.
Betul : Dia ialah jiran saya
Salah : Dia jiran saya
Nota tambahan : Kata pemeri ialah digunakan di depan frasa nama.
Kata pemeri adalah digunakan di depan frasa adjektif dan frasa sendi nama .
3) Kata ganti "dia" dan "ia"
Nota : Kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja.
Kata ganti nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.
Salah : Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.
Betul : Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.
Salah: Rosli ialah seorang guru. Ia mengajar di sekolah rendah.
Betul : Rosli ialah seorang guru. Dia mengajar di sekolah rendah.
4) Kesalahan struktur ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)
Salah : Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.
Betul : Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.
Salah : Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya.
Betul : Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.
5) Kesalahan tanda baca
Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah
Salah : Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram.
Betul: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram.