1. Baca semua soalan yang diberi:
- Fahami arahan kehendak soalan.
- Kenal pasti format yang perlu digunakan.
- Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
2. Guna isi yang berlainan:
- Susun isi secara berturutan
- Letak isi mengikut perenggan
- Memberi huraian yang tepat kepada isi.
- Sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.
3. Penggunaan perkataan yang pelbagai:
- Ada menggunakan perkataan yang terkini
- Elakkan penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap
- Penggunaan perkataan teknikal dengan tepat
- Elakkan perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.
4. Susun ayat dengan kemas:
- Elakkan pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek
- Gunakan ayat yang pendek tetapi lengkap
- Kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik
5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul:
- Gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan
- Gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.
6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan:
- Dapat membezakan imbuhan an dan kan
- Guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )
7. Tulis mengikut ejaan yang betul:
- Elakkan mengikut sebutan dialek / daerah
- Elakkan menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan